Guru merupakan profesion yang paling mencabar dalam bidang kerjaya. Dimana guru dibebani dengan pelbagai tangunggjawab. Apa yang pasti pekerjaan guru adalah paling mulia kerana sanggup mendidik anak bangsa. Guru juga merupakan seorang yang disanjung tinggi. Guru yang saya minati ialah Cikgu Kamaruddin Bin Haji Ismail. Beliau lepasan daripada ijazah Sarjana Muda Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau berkhidmat di SMK Desa Kencana yang merupakan tenaga pengajar subjek sejarah dan tassawur islam. Hiba dan sebak jiwa ini jika mengenangkan cikgu kamaruddin yang telah banyak berkorban untuk membantu anak muridnya khususnya diri ini yang merupakan insan bertuah pernah bersama beliau. Wujud seribu satu persoalan kenapa saya meminati beliau?
Pertama sikap penyayang yang beliau curahkan kepada anak didiknya. Hal ini terbukti menerusi akan kasih sayang yang beliau curahkan kepada saya. Beliau merupakan guru kelas dan ketua warden asrama. Waktu dan masa banyak beliau kongsikan kepada saya. Situasi yang paling segar dalam ingatan saya sewaktu saya tingkatan lima. Saya mengalami kecurian duit di asrama tanpa memberitahu beliau. Namun beliau mendapat tahu akan situasi itu daripada mulut orang lain. Pada malam itu juga perkara yang saya tidak duga cikgu saya ini telah datang membawa buku rujukan tassawur islam, matematik dan sejarah bersama jumlah duit saya yang hilang. Saya berkata kepada cikgu “apa ni cikgu”. Cikgu saya menjawab ini “duit fitri yang hilang Cikgu sertakan dengan hadiah buku”. Saya berkata “tak perlu lah cikgu duit saya masih ada”. Saya cuba berselindung daripada masalah. Cikgu berkata kepada saya “ ambilah hadiah daripada Cikgu ini, bayarlah akan hadiah cikgu ini dengan sebuah kejayaan”. Tanpa di duga air mata terus berlinangan sehingga basah kuyup baju yang di pakai. Timbul persoalan dalam hati mampukah saya memberikan cikgu sebuah kejayaan pada masa akan datang? Kasih akan guru ini telah ditonjolkan lagi dengan kasih sayang beliau kepada anak muridnya. Dimana saya pernah meraikan Hari Raya Aidiladha bersama beliau. Beliau sentiasa menceriakan hidup anak muridnya ini. Tatkala saya stress beliau hadir untuk merungkai masalah saya dan cuba berusaha untuk menghilang gusar di jiwa. Banyak lagi kasih sayang beliau curahkan tidak terkira rasanya. Guru ini banyak membantu ramai pelajar untuk terus berjaya di masa hadapan. Kasih sayang cikgu berperanan juga untuk membentuk sikap pelajar ke arah positif.
Seterusnya, beliau memilki sikap kecindan. sewaktu dalam kelas beliau banyak menggunakan taktik pengajaran yang ada gelak tawa yang mampu mengurangkan mengantuk. Pelajar begitu mesra bersama beliau. Pelajar majoritinya begitu aktif semasa beliau mengajar Bahkan beliau juga amat kreatif dalam proses pengajaran beliau mengunakan konsep nyanyian untuk menghafal dan memahami sesuatu topik sejarah. Ini juga salah satu faktor mengapa kecindan ini perlu diaplikasikan oleh seorang guru dalam proses pengajaran agar pelajar tidak bosan.
Di samping itu, beliau bersikap karismatik. Beliau telah menjadi guru yang paling dikagumi untuk dicontohi daripada pelbagai aspek. Buat pertama kalinya, beliau masuk sekolah pada masa yang sama beliau telah mengikuti pertandingan debat sekolah dan telah meraikan kemenangan tempat pertama. Ini secara langsung telah mengharumkan nama sekolah. Dalam setiap aktiviti di sekolah lazimnya beliau akan menjadi pengerusi. Ketekunan dan disiplin beliau dalam mengatur masa amat teratur. Beliau banyak menguasai pelbagai aspek secara tidak langsung membolehkan beliau untuk di contohi sama ada guru-guru mahupun pelajar.
Kesimpulannya, guru yang saya minati ini telah menyuntik semangat kepada saya untuk mengejar sebuah kejayaan walaupun hakikatnya pebezaan antara saya dengan beliau bagai langit dan bumi. Semoga ada sedikit sebanyak perubahan yang boleh saya ubah dalam hidup untuk menjadi seperti beliau.